Semasa berlaku kemalangan
disebabkan terjatuh atau terkena impak kuat daripada perlanggaran, struktur
tulang boleh pecah dan haancur. Serpihan ini boleh terperangkap diantara ruang
sendi dan menyebabkan rasa sakit dang bengkak. Kesakitan boleh terasa ketika
sedang bergerak mahupun ketika baring.
2. BURSITIS
Bengkak yang berlaku pada selaput
yang mengandungi lendir yang juga dikenali sebagai pelincir sendi. Rasa sakit
ini berlaku disebabkan kesan yang dialami oleh lutut daripada terjatuh, terlalu
kerap digunakan (banyak melakukan kerja berat).
3. ILIOTIBIAL BAND SYNDROME
Iliotibial adalah sekeping tisu
kukuh yang terdapat pada pinggul hingga ke betis anda. Jika ia terlalu letih
disebabkan ketegangan melampau atau masalah-masalah lain, ia boleh menjadi
bengkak dan menyebabkan sakit di sebelah luar lutut.
4. MEDIAL PLICA SYNDROME
Plica adalah lipatan tisu pada
sendi lutut. Apabila ia terlalu kerap digunakan, ia boleh menyebabkan rasa
sakit dan bengkak.
5. OSGOOD/SCHLATTER
DISEASE
Ia adalah benjolan yang sakit
yang tumbuh dibawah lutut, dimana tendon menghubungkan kepala lutut kepada
tulang betis/kering. Rasa sakit sering pergi dan kembali mengikut masa. Ia
biasanya berlaku kepada remaja lelaki dan perempuan yang berusia antara 13 dan
14 tahun.
6. OSTEOARTHRITIS
Sakit lutut yang biasa berlaku
kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Kondisi ini lebih dikenali sebagai
tulang sendi mula mengalami kerapuhan (degeneration)
7. KEPALA LUTUT BERALIH
Ia berlaku apabila kepala lutut
beralih sedikit daripada kedudukan asal, ia menyebabkan rasa sakit dan bengkak
kemungkinan akibat kesan hentakan kuat.
8. TENDONITIS
Sakit pada bahagian tendon.
Tendon adalah pengikat yang kuat antara tulang dan otot. Aktiviti fizikal yang
berlebihan boleh menyebabkan tendon mengalami keradangan dan bengkak. Jika
semua punca sakit lutut di atas tidak dirawat, kesakitan yang sama mungkin
boleh berlaku berulang-ulang mengikut masa.
SIMPTOM-SIMPTOM
SAKIT LUTUT
Simptom setiap orang mungkin berbeza
bergantung kepada struktur badan yang terlibat. Seluruh lutut mungkin mengalami
kesakitan dan bengkak melalui proses jangkitan atau selaput di tulang rawan
sudah kering, meniskus terkoyak atau patah/retak tulang.
Kesan sakit sendi lutut adalah
berbeza-beza. Sesetengah orang cuma dapat sakit yang ringan dan ada juga yang
mengalami sakit yang teruk, ada peringkat yang boleh membawa kepada kelumpuhan.
JOM AMBIK TAHU SIMPTOM-SIMPTOM SAKIT LUTUT
TONTON VIDEO DI BAWAH
CARA MENANGANI SAKIT LUTUT PALING SELAMAT
Menurut Pakar Fisioterapi, Hospital Pakar Ampang Puteri,
Juemiah Ruzaini, sakit lutut tergolong dalam salah satu penyakit krinik yang
menyerang apabila seseorang sedang berjalan, berdiri, dan kadangkala semasa
rehat.
Katanya, keadaan ini akan menyebabkan lutut pesakit sukar
untuk digerakkan serta tidak boleh dilipat sepenuhnya meyebabkan sekiranya mahu
bersolat ada yang terpaksa duduk di atas kerusi.
“Lutut antara salah satu anggota badan yang memerlukan
penjagaan sepanjang hayat kerana digunakan setiap hari dalam setiap
pergerakan"
Jadi untuk kebaikan semua, baik kita tangani segera sebelum perkara menjadi lebih teruk. Di sini terdapat cara-cara menangani sakit lutut dengan mudah. Selamat Mencuba !!!
MENGEKALKAN BERAT BADAN YANG IDEAL
Ini merupakan ubat yang paling baik bagi menghilangkan sakit
lutut dan sendi. Kekalkan berat yang ideal dan kurangkan berat badan jika perlu
kerana berat badan yang berlebihan akan menambah tekanan pada sendi dan
menyebabkan sakit lutut. Jika anda obes, dengan menggurangkan 5% daripada berat
badan anda boleh melegakan tekanan pada lutut.
MEMAKAI PENDAKAP ATAU KNEE BRACES
Penggunaan
alat penyokong lutut (knee braces) mampu menstabilkan pergerakan lutut dan
mengurangkan kesakitan.
RAWATAN AKUPUNTUR
Akupuntur ialah satu cara rawatan
dengan meletakkan jarum halus ke dalam kulit pada tempat tertentu pada badan
anda. Kajian menunjukkan bahawa akupuntur boleh membantu melegakan sakit lutut
yang disebabkan oleh osteoartritis dan meningkatkan fleksibiliti pada individu
yang menghidapi.
AMALKAN DIET YANG SIHAT
Diet yang
sihat dapat mengurangkan risiko anda untuk berhadapan dengan sakit lutut secara
semulajadi. Antara makanan yang bagus untuk kesihatan sendi lutut adalah
salmon, tuna, sardin, sayur-sayuran dan buah-buahan, keluarga bawang, kekacang
dan juga bijirin penuh.
SENAMAN
Senaman
yang biasa seperti senaman sendi dan otot adalah penting untuk memperbaiki
kekuatan dan kefleksibelan. Senaman boleh mengurangkan sakit, meningkatkan
pergerakan dan mengurangkan keletihan.
Dapatkan
nasihat doktor untuk melakukan program senaman. Bagi mereka yang mengalami
artrtris, mengurangkan pergerakan bagi mengelakkan sakit boleh membuatkan sendi
menjadu kejang. Ini menyebabkan keadaan bertambah buruk. senaman yang bagus
bagi mereka yang sakit lutut termasuklah berjalan dan berenang. Elakkan senaman
yang berat seperti berlari atau melompat kerana ia akan memburukkan lagi sakit
lutut.
AMBIL MAKANAN TAMBAHAN
Terdapat makanan tambahan tertentu membantu mengurangkan
kesakitan lutut, kekejangan dan bengkak akibat gejala osteoartritis. Antaranya
adalah Minyak ikan yang membantu melincirkan sendi dan mengurangkan keradangan;
Vitamin C untuk membina semula tisu penghubung; Glukosamin untuk membaiki tisu
rawan dan Protein yang penting untuk pembaikan tisu-tisu otot.