Monday 24 September 2018

PUNCA, SIMPTOM-SIMPTOM & CARA MENANGANI SAKIT LUTUT


8 PUNCA SAKIT LUTUT

 YANG PERLU KITA AMBIK TAHU






1. SERPIHAN TULANG (BONE CHIPS)


Semasa berlaku kemalangan disebabkan terjatuh atau terkena impak kuat daripada perlanggaran, struktur tulang boleh pecah dan haancur. Serpihan ini boleh terperangkap diantara ruang sendi dan menyebabkan rasa sakit dang bengkak. Kesakitan boleh terasa ketika sedang bergerak mahupun ketika baring.



2. BURSITIS


Bengkak yang berlaku pada selaput yang mengandungi lendir yang juga dikenali sebagai pelincir sendi. Rasa sakit ini berlaku disebabkan kesan yang dialami oleh lutut daripada terjatuh, terlalu kerap digunakan (banyak melakukan kerja berat).



3. ILIOTIBIAL BAND SYNDROME



Iliotibial adalah sekeping tisu kukuh yang terdapat pada pinggul hingga ke betis anda. Jika ia terlalu letih disebabkan ketegangan melampau atau masalah-masalah lain, ia boleh menjadi bengkak dan menyebabkan sakit di sebelah luar lutut.


4. MEDIAL PLICA SYNDROME


Plica adalah lipatan tisu pada sendi lutut. Apabila ia terlalu kerap digunakan, ia boleh menyebabkan rasa sakit dan bengkak.


5OSGOOD/SCHLATTER DISEASE


Ia adalah benjolan yang sakit yang tumbuh dibawah lutut, dimana tendon menghubungkan kepala lutut kepada tulang betis/kering. Rasa sakit sering pergi dan kembali mengikut masa. Ia biasanya berlaku kepada remaja lelaki dan perempuan yang berusia antara 13 dan 14 tahun.


6. OSTEOARTHRITIS


Sakit lutut yang biasa berlaku kepada mereka yang berusia 50 tahun ke atas. Kondisi ini lebih dikenali sebagai tulang sendi mula mengalami kerapuhan (degeneration)


7. KEPALA LUTUT BERALIH 



Ia berlaku apabila kepala lutut beralih sedikit daripada kedudukan asal, ia menyebabkan rasa sakit dan bengkak kemungkinan akibat kesan hentakan kuat.


8. TENDONITIS


Sakit pada bahagian tendon. Tendon adalah pengikat yang kuat antara tulang dan otot. Aktiviti fizikal yang berlebihan boleh menyebabkan tendon mengalami keradangan dan bengkak. Jika semua punca sakit lutut di atas tidak dirawat, kesakitan yang sama mungkin boleh berlaku berulang-ulang mengikut masa.


SIMPTOM-SIMPTOM 

SAKIT LUTUT



          Simptom setiap orang mungkin berbeza bergantung kepada struktur badan yang terlibat. Seluruh lutut mungkin mengalami kesakitan dan bengkak melalui proses jangkitan atau selaput di tulang rawan sudah kering, meniskus terkoyak atau patah/retak tulang.


          Kesan sakit sendi lutut adalah berbeza-beza. Sesetengah orang cuma dapat sakit yang ringan dan ada juga yang mengalami sakit yang teruk, ada peringkat yang boleh membawa kepada kelumpuhan.


JOM AMBIK TAHU SIMPTOM-SIMPTOM SAKIT LUTUT

TONTON VIDEO DI BAWAH 






CARA MENANGANI SAKIT LUTUT PALING SELAMAT


         Menurut Pakar Fisioterapi, Hospital Pakar Ampang Puteri, Juemiah Ruzaini, sakit lutut tergolong dalam salah satu penyakit krinik yang menyerang apabila seseorang sedang berjalan, berdiri, dan kadangkala semasa rehat.

        Katanya, keadaan ini akan menyebabkan lutut pesakit sukar untuk digerakkan serta tidak boleh dilipat sepenuhnya meyebabkan sekiranya mahu bersolat ada yang terpaksa duduk di atas kerusi.

“Lutut antara salah satu anggota badan yang memerlukan penjagaan sepanjang hayat kerana digunakan setiap hari dalam setiap pergerakan"


          Jadi untuk kebaikan semua, baik kita tangani segera sebelum perkara menjadi lebih teruk. Di sini terdapat cara-cara menangani sakit lutut dengan mudah. Selamat Mencuba !!!



MENGEKALKAN BERAT BADAN YANG IDEAL


Ini merupakan ubat yang paling baik bagi menghilangkan sakit lutut dan sendi. Kekalkan berat yang ideal dan kurangkan berat badan jika perlu kerana berat badan yang berlebihan akan menambah tekanan pada sendi dan menyebabkan sakit lutut. Jika anda obes, dengan menggurangkan 5% daripada berat badan anda boleh melegakan tekanan pada lutut.



MEMAKAI PENDAKAP ATAU KNEE BRACES


        Penggunaan alat penyokong lutut (knee braces) mampu menstabilkan pergerakan lutut dan mengurangkan kesakitan.



RAWATAN AKUPUNTUR


         Akupuntur ialah satu cara rawatan dengan meletakkan jarum halus ke dalam kulit pada tempat tertentu pada badan anda. Kajian menunjukkan bahawa akupuntur boleh membantu melegakan sakit lutut yang disebabkan oleh osteoartritis dan meningkatkan fleksibiliti pada individu yang menghidapi.



AMALKAN DIET YANG SIHAT



          Diet yang sihat dapat mengurangkan risiko anda untuk berhadapan dengan sakit lutut secara semulajadi. Antara makanan yang bagus untuk kesihatan sendi lutut adalah salmon, tuna, sardin, sayur-sayuran dan buah-buahan, keluarga bawang, kekacang dan juga bijirin penuh.



SENAMAN


           Senaman yang biasa seperti senaman sendi dan otot adalah penting untuk memperbaiki kekuatan dan kefleksibelan. Senaman boleh mengurangkan sakit, meningkatkan pergerakan dan mengurangkan keletihan.

         Dapatkan nasihat doktor untuk melakukan program senaman. Bagi mereka yang mengalami artrtris, mengurangkan pergerakan bagi mengelakkan sakit boleh membuatkan sendi menjadu kejang. Ini menyebabkan keadaan bertambah buruk. senaman yang bagus bagi mereka yang sakit lutut termasuklah berjalan dan berenang. Elakkan senaman yang berat seperti berlari atau melompat kerana ia akan memburukkan lagi sakit lutut.



AMBIL MAKANAN TAMBAHAN


Terdapat makanan tambahan tertentu membantu mengurangkan kesakitan lutut, kekejangan dan bengkak akibat gejala osteoartritis. Antaranya adalah Minyak ikan yang membantu melincirkan sendi dan mengurangkan keradangan; Vitamin C untuk membina semula tisu penghubung; Glukosamin untuk membaiki tisu rawan dan Protein yang penting untuk pembaikan tisu-tisu otot.









ARTHRITIS

Apa itu Arthritis ? Arthritis adalah penyakit bersifat kronik   berlaku seumur hidup dan biasanya menyerang lelaki dan wanita yang ...