Apa itu ACL?
ACL atau
ligamen anterior cruciate adalah salah satu dari 4 ligamen
yang terlibat untuk kestabilan sendi lutut.
ACL terbentuk dari fiber yang kuat. Ia berfungsi untuk mengawal
pergerakan sendi lutut yang melampau dengan menghadkan pergerakkan tersebut. Ia
juga membantu mengelakkan hyperektensi lutut.
Salah satu
kecederaan yang kerap berlaku pada sendi lutut adalah, terkehel atau terseliuh.
Daripada 4 ligamen yang utama di lutut, kecederaan pada ACL akan menyebabkan
kelemahan pada sendi lutut yang ketara.
Huraian Kecederaan ACL
Tahukah anda kecederaan ACL ada 3
gred ?
Separuh dari kes-kes kecederaan ACL
biasanya akan melibatkan kecederaan struktur lutut yang lain seperti rawan
artikular, meniscus atau ligamen-ligamen lain.
- Gred 1 Sprain. Kecederaan ringan, sedikit regangan pada ligamen tetapi sendi lutut masih stabil.
- Gred 2 Sprain. Regangan pada ligamen sehingga tahap dimana ligamen menjadi longgar. Biasanya disebut sebagai ‘partial tear’ pada ligamen atau separuh koyak.
- Gred 3 Sprain. Kecederaan ligamen ini kebiasaannya disebut ‘complete tear’ atau koyak sepenuhnya. Ligamen akan terbelah dua dan sendi lutut akan hilang kestabilan.
‘Partial tear’
pada ACL jarang berlaku, kebanyakan kecederaan pada ACL adalah ‘complete tear’ atau koyak sepenuhnya.
Apakah penyebab terjadinya kecederaan ACL?
Kecederaan
ACL biasanya melibatkan aktiviti sukan. 80% dari kecederaan ACL adalah kecederaan
‘non-contact’. Kecederaan pada ACL boleh berlaku dalam pelbagai situasi :-
- Mengubah arah gerakan dengan pantas.
- Berhenti secara mengejut.
- Mengurangkan kelajuan semasa berlari.
- Landing yang tidak betul selepas melompat.
- Dilanggar (collision) atau bertembung seperti ‘football tackle’.
Simptom dan
tanda-tanda apakah yang akan dialami ketika kecederaan ACL?
Apabila
ACL anda tercedera, anda mungkin terdengar bunyi ‘pop’ dan anda akan merasa
lutut anda menjadi longgar. Antara simptom dan tanda-tanda lain ialah:
- Rasa sakit saat itu juga setelah cedera.
- Pembengkakan pada lutut yang bermasalah dalam 4 hingga 12 jam.
- Bunyi letupan saat ligamen putus.
- Lutut sukar digerakkan.
- Rasa sakit dan pincang saat berjalan.
- Perasaan tidak stabil, lutut terasa lepas saat berolahraga atau melakukan aktiviti seharian.
Bagimana
Isila membantu dalam merawat ACL ?
Tidak semua orang yang mengalami
kecederaan ACL memerlukan pembedahan ACL. Orang yang tidak aktif dan sanggup
berehat dari melakukan aktiviti sukan selalunya akan pulih dengan rawatan
konservatif dan fisioterapi.
Untuk pemakanan sangat digalakkan
untuk mengamalkan high protein diet yang dapat membekalkan protein untuk
pembinaan semula ACL secara natural. Makan makanan yang mempunyai tulang rawan
seperti sup tulang bagi memperbanyakkan sumber protein dan kolagen. Selain itu,
supplement Vitaman C dan E untuk mempercepatkan kesembuhan kecederaan lutut.
Dengan mengamalkan Isila Penawar
Sendi ia dapat membantu untuk merawat ACL kerana Isila mengandungi Collagen
Type II Nano yang bertindak untuk memperbaiki sendi yang rosak dan meningkatkan
kebolehan lenturan sendi. Isila juga mengandungi strawberry dan campuran berry
yang berfungsi untuk menguatkan dan menganjalkan sendi serta menyokong proses
pemulihan kerosakkan sendi.
Jika berminat untuk dapatkan Isila sila hubungi team kami :-
Nad